Friday, 16 October 2026


 

 

  

Isnin, 8 Disember 2025

The Part of Me You Took — Lewis Capaldi (2025 Music Video)

 

Saturday, 4 May 2024

Pelukkan Daku Dengan KerahmatanMu Yaa Rabb..

 Bismillahhirrahmanirrohim...

Assalamualaikum,

Ya Rabb...Peliharalah hambamu ini terus.   Kuatkan daku menjalani hidup ini.  Aku akan terus redho dan redho .  Janganlah aku tergoda dengan kekayaan dan kehidupan mewah di luar sana .  Kau jadikanlah aku Noraini dulu yang tersurat sebagai anak mak yang mengikat guruku di kaki meja sekolah bila aku meninggalkan Profession in.  Ulitkan aku dengan kesederhanaan hidup ini.  Kau kuatkan daku.  Kau ingatkan ku selalu...Hidup bukan untuk selamanya.  Aku akan pergi jua...Entah bila Engkau akan menjemputku.  Kau kosongkan aku dengan ingatan2 negatif...Perbanyakkan amalku..Permudahkan urusan sedekahku selagi hidup.  Kau sihatkan badanku,pendengaranku dan penglihatanku Ya Rabb...Bimbinglah aku Ya Raabb..Istiqamahkanlah daku dlm beribadah kepadaMu.  Makbulkanlah doaku. Kau kumpulkan aku dengan orang2 yang menyangiku, sahaja..Aamiin...Ya Rabb.  Kau sembuhkan luka2ku didalam hidup ini.  Kuatkan daku Ya Rabb...Kau basahkan mulutku dgn Astagfar kepadaMu.  Aamiin... Aamiin Ya Rabb...Aku Yakin aku kuat Ya Rabb dan telah ku serahkan kepadaMu urusan diriku ini sepenuhnya Yaa Rabb. Kau makbulkanlah doaku ini Yaa Rabb Tercapaikanlah cita2ku Ya Rabb,...Kau matikan daku dengan Husnulqhatimah Jangan Kau kembalikan aku dalam keadaan  terlalu tua(nyanyuk dan menyusahkan) Lindungilah aku daripada ujian pesona dunia dan fitnah dan Lindungikan lah aku daripada azab kubur.  ..Aamiin... Hasbunallah hiwa nik mal wakil, wala haulawa khu wataillh billah.  Aamiin Ya Rabb.




Nabi Bersabda:  Sesiapa yang menunjukkan satu kebaikan maka  
dia mendapat satu pahala
 seperti orang yang melakukannya.
Yakin kepada hari akhirat menjadi kita manusia ini, manusia.
kita Baca Maalikiyaumiddin...17 kali dlm solat fardhu.


Hari itu adalah hari yang sukar.
Alangkan baiknya jika aku buat persiapan untuk akhiratku..
Maka aku menyangka ini kehidupanku sebenar.
Yaa laitani....khaddamtu lihayati...
Alangkah baik dulu jika aku buat persiapan ke hidupan sebenar...

Allah kata wama adra kama saqar...Kamu tahu tak apa itu saqar.?..Neraka Saqar itu tidak meninggalkan apa2 sisa... Kemudian Allah kata lagi.,. 
Sagar ini akan membakar dengan menghitam hanguskan mukanya..tetapi tidak akan mati...

Allah bagi tahu puncamanusia masuk Neraka Saqar...
Perbualan antara ahli syurga dan ahli Neraka...
Kenapa kamu masuk Neraka Sagar...?


Mereka jawab...Dulu kami tak solat...(Solat adalah pemisah antara beriman dan kufur)
Tapi Ibubapa kecewa bila anak2 gagal dlm pepriksaan duni
Sebab kedua kami tidak memberi makan orang2 miskin.
Kenapa kena bagi makan orang miskin?  Bagaimana itu...Tak bagi makan penyebab masuk Neraka.
Kena bagi makan kepada orang miskin.  Solat hubungan kamu dgn Allah...Okey makan dia akan peduli dgn org miskin.
Orang yang mendustakan agama ialah yang tidak memberi makan orang miskin.
Kamu pendusta Agama,  Hidup kita untuk orang lain.  Bukan untuk diri.  Ada waktu rehat...Kamu akan jadi orang muflis.
Orang yang tidak pedulikan orang miskin. dan tidak mendorong memberi makan orang miskin. Itu pendusta Agama. 
Orang paling mulia adalah orang yang mengingatkan orang lain.

Ketua Syurga adalah Rasulullah SAW.  
Bagi peringatan kepada keluarga kamu yang dekat.
"Kerja aku adalah pemberi peringatan...bukan tentang kemiskinan ,penyakit dll tetapi AZAB...

Nabi sayang Fatimah jauh lebih dpd kita sayang anak kita.  Apa Nabi kata.
" Ya Fatimah bt Muhammad"  Selamatkan diri kamu daripada Neraka..Jaga diri daripada dosa... Kerana Kalau kamu tidak beriman aku tak boleh buat apa2...kamu  sendiri yg menjaga diri dpd Neraka.  
Tapi bila masuk waktu solat kamu kena berhenti SOLAT...kenapa kamu tak solat. Ibu bapa yang penyayang...ingatkan selalu kepada anak2 kita, murid2 kita  yang tak solat...Solat janganlah lalai.  Mukmin yang berjaya hanyalah yang khusyuk dalam solat...Rasulullah suruh kita Istighfar selepas solat dan baca zikir selepas solat...kalau2 solat kita tidak sempurna...tak di terima oleh Allah."tak khusyuk"
"Innnassola anil fahsya i walmungkar"
Sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada melakukan perkara  fahsyar/mungkar. 

Fatimah RA...miskin...Fatimah mengadu Ya Rasulullah semua kerja daku kena buat...Ali tak mampu mencarai pembantu...

Apa kata Rasulullah. Nabi bagi nasihat untuk menyelamatkan Fatimah dpd musibah besar di akhirat...
" Bacalah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 3 kali dan Allahhuakbar 34 kali"
Setiap kali sebelum tidur.



Bukan kah dgn zikir kpd Allah akan menjadi kamu tenang.
Apa nak kita selamatkan dpd Neraka Saqar?
Ianya adalah ALQuran...Menjadi ahlul Quran...
Sesungguhnya milik ahliAllah.
Ya Rasullullah siapa mereka itu?  Ahlullah ialah ahli Quran ,....mereka itu adalah meletakkan al Quran di depan mata. 

 Ciri2 AhlulQuran : Pakar Al Quran'
Allah kata orang2 yg Allah bagi Kitab.  
Apa yg mereka buat dgn kitab itu?

1)Mereka membaca dgn sebenar2 dan
2) menghayati maknanya...
3) mengamalkan apa yang dibaca,


Allah puji...
 Ini lah orang yg beriman kitab Aku.
Kita kena ubah cara kita, baca, faham dan beramal dgnnya.

Kenapa mereka tak mentadabbur? atau pon hati mereka terkunci.
Allah cela orang munafik.  mereka bersedekah solat bersama nabi tapi hati mereka kufur. Orang munafik ini, lebih bawah mereka ni dpd org kafir.  Neraka paling bawah.
Kenapa Allah Cela.... Kata Ulamak ialah. 
 
Sebab kamu tak tadabbur Al Quranlah kamu jadi org munafik.
Orang beriman pasti mentadabbur al Quran... Jika kamu perhati dlm Quran tiada percanggahan...(cela org kafir)

Maknanya orang beriman hanya Allah mahukan mereka Khusyuk
Allah tegur orang beriman dalam surah Al Hadid.

Mengapa baca kitab2 manusia...Bacalah kitab Allah.  
Dr Nahar kata...kebanyakannya Kitab Al-Quran disucikan sahaja di muliakan tapi ..Letak Tinggi..Tak diamalkan...Tinggal Al Quran ( Sepatunya Quran didahulukan)

Mendidik anak2 baca buku lain...Bukau makhlok tulis tapi Quran di tulis oleh Allah.  
"IqraulAl Quran...........Bacalah al Quran kerana dia datang pada hari kiamat sebagai penyelamat."  Memberi pertolongan kepada sahabat.  

Abu Bakar kerisauan dlm Gua Thur:  Dia berkata kepada sahabatnya,
" Laa tahzan  innallah hamakna"
Jangan bersedih sesungguhnya Allah ada bersama kita"
Itu sahabat.Jika Quran sahabat kita pagi , petang, sepanjang masa.
Allah rakam dlm Al-Quran bila mati...kita minta balik semula nak beramal...
"Aku nak beramal soleh"  

Masa Allah bagi hidup tak cukup/ beramal...?









Siapa yang tak baca surah Al Baqarah dan paham...Bahagialah dia di akhirat mendapat 
perlindungan di hari kiamat.

Bila keluar dpd kubur untuk pergi ke padang Mahsyar...
Quran akan datang mukanya macam pucat..."siapa kamu?  Aku sahabat kamu...Quran datang..akulah yang menjadikan engkau berjaga malam.  Dan aku lah yang menjadikan engkau puasa setiap hari ...
















Hanya kerana ayat Quran satu ayat menginfak kebunnya kepada Fisabillillah.


Wahai isteriku dan anak2ku  Mari kita keluar dari kebun ini.  
: Inilah jual beli yang paling untung kata Isteri Abu Dahdah.
Hebatkan.  Mari jadi isteri Abu Dahdah.








Thursday, 15 October 2026

 

 

 sday, 3 September 2026

 

unday, 14 September 2025

Rinduku tak henti bertandang...



Baby kucing ku terjerit selagi tak nampak daku keluar bilik... Kalau daku mati... Tentu babyku rindu aku... Daku tgh solat... Sat2 tadi anakku cuba buka pintu bilikku minta agar daku panggil Baby... Hihi habis solat daku panggil... Terus diam... Kasih sayang sebenarnya sukar nak padam.. Ntah lah itu binatang... Jika manusia lagi berat tanggunggannya. Rabbku Bantulah kami menangani ini semua mengikut lunas Agamamu... Jadikan Sabar dan Redho kami bawa pahala ke SyurgaMu Rabbku.Ini adalah ujian perasaan terhadap makhlok Mu... Kami Redho... Kami Sabar dan Kami Taat.. Aamiin... 


Thursday, 10 September 2026

 

Friday, 14 August 2026

 

Saturday, 13 June 2026

Sabtu, 6 Jun 2026

 Column Scott... You are the reason... 


 

Thursday, 10 September 2026

 

Monday, 17 August 2026

 

Wednesday, 8 May 2024

My Heart will go on....Celine Dion

Saturday, 5 September 2026

 

Sunday, 31 August 2025

Opick - DenganMu Aku Hidup || Lirik Lagu



Thursday, 10 September 2026

 

Tuesday, 18 August 2026

 

Sunday, 5 May 2024

Lukisan Perasaan

 

Thursday, 10 September 2026

 

Friday, 3 May 2024

Satu dalam sejuta...

                                       

  



Khawarij dan Shiah...Sesat dan menyesatkan.  Iktiqad yang salah...menyimpang. Kita bersyukur kerana lahir sebagai Islam dan bersyukur di masukkan kepada aliran sunnah.  tidak kepada aliran sesat.
kita akan bahas Istiqamah.  Ada , orang2 yang Islam setelah itu murtad...
Banyak Islam tidak aliran Sunnah.  Tidak akan tenteram hidupnya 
Khawarij mengkafirkan penguasa Muslim.  Sesat dan menyesatkan.  Menyimpang...Iktiqadnya.  Ada seorang yg pernah belajar kpd Ibn Abbas 

Ibnu Abbas...setaraf ulamak dan lautan Ilmu...Ibn Abbas ini..Jika Ibn abas ceramah ...orang mendengar ceramahnya ...akan masuk Islam semuanya.  SAda orang2 Khawarih menderngar ceramahnya .  kembali masuk Islam.
Bila terkena fitnah dunia tinggalkan solat ...tidak istiqamah lagi dalam hidup.
Belajar Agama ini hingga kita di wafatkan oleh Allah Subhanawwataala.

 Suffian AssaKHAFI ra...Aku bertanya kpd Rasulullah....Katakan kepadaku dlm Agama Islam aku tak akan bertanya lagi kpd  dan tak tanya lagi orang lain..
Kamu bewrta
Rasulullah di berikan perkataan singkat dan maknanya luas.
"Jawa mi ul kalim".  ia itu diberikan perkataan yang singkat dan padat maknanya luas.
Nabi SAW  mengatakan satu kalimat itu luas bankan kalimat yang pendek sahaja lebih dpd 50 faedah. Boleh mengambil istimbak dari kalimat yang pendek

Seperti habis nabi jugak ...Ya Aba Umair...ma Faal Nughair...:  Singkat dan padat tapi maknanya luas.
Aku bertanya Rasulullah...Apakah yang kau khuatirkan kepadaku...?  Maka Rasulullah memegang hujhungf lidahnya...kemudian beliau bersabda ini...Yang Nabi khuatyirkan kepada Sufian bin Abdullah Assakhafi

Ertinya Rasulullah khuatirkan kepada kita semua...kaum muslimin tewntang lidah...tentang lidah ini membuat orang tidak Istiqamah...Dengan lidah dia  berbuat dosa dan dgn dosa itu dia tidak Istiqamah.

Kata Nabi SAW..."ak saru khaya bni adam lisan nihi"   Kebanyakan kesalahan anak adam itu di lisannya.  Nabi bersabda...Masaalah menjaga lisan ini adalah termasuk masaalah Iman.
Kata Nabi "  Barang siapa yang beriman kepada Allah ialah biarlah dia berkata yang baik samaada berkata yang benar atau diam.

Walyaqul khairan aasmut:  Berkata betul itu atau dia diam.
Beliau memberi tahu Iman dan Istiqamah menurut manhaj yang benar.  Dan Islam itu adalah Tauhid dan taat kepada Allah.  Kalimat beriman kepada Allah merangkumi semuanya.


 

Monday, 12 October 2026


 

Saturday, 12 September 2026

 

Sunday, 28 June 2026

 

  




1)   Allahhummainni : Ya Allah sesungguhnya aku...

Ass aluka  :   Mohon padamu

Feq lal khairat  :   mudah membuat kebaikan

2) Wa tarkal mungkarat  :  supaya senang meninggalkan benda mungkar

wahub bal masakin  :   cinta kepada orang2 miskin

Wa an tagh firali: ampunkan dosaku

wa tarhama ni  :  dan rahmati ku

3) Waa izza aradta fitnatan fi khaumi :  dan apabila Engkau  turunkan Musibah pada mana2 kaum yg beriman

fatawaf fani ghairan maf tun  : dan matikan aku dalam keadaan aku terhindar dpd musibah.

4) Wa as aluka : Dan aku mohon padaMu Ya Allah

Hubbaka : Cinta Engkau

Wa hub ba man yuhib buk : aku mohon cinta orang yang Kau cinta

Wa hubba amalin :  mencintai amalan

Ya khar ribu : Yang mendekatkan kepada 

i la hubbika : Cinta engkau. 




@GhulamAlDakwah​​Pengajaran Ayat Minggu Lepas….قُل مَن بِيَدِهِ مَلَكوتُ كُلِّ شَيءٍ وَهُوَ يُجيرُ وَلا يُجارُ عَلَيهِ إِن كُنتُم تَعلَمونَ
@GhulamAlDakwah​​Katakanlah: “Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?”
@GhulamAlDakwah​​📚 PENGAJARAN SURAH MU'MINUN : AYAT 88
@Haswati-v8o​​blh tahu ustz buat kelas ini di mana ye
@GhulamAlDakwah​​1. Hanya yang berkuasa mencipta dan memiliki apa2 sahaja yang boleh menyelamatkan manusia maka carilah perlindungan yang sebenar hanya kepada Allah
@GhulamAlDakwah​​2. Sesiapa yang menggunkana akalnya dan berfikir tentang ciptaan Allah, pastilah dia tidak akan menyembah melainkan hanya kepada Allah sahaja
@GhulamAlDakwah​​سَيَقولونَ ِللهِ ۚ قُل فَأَنّىٰ تُسحَرونَ
@GhulamAlDakwah​​Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah”. Katakanlah: “(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?”
@GhulamAlDakwah​​📚 PENGAJARAN SURAH MU'MINUN : AYAT 89
@GhulamAlDakwah​​1- Sihir yang paling bahaya ialah cinta kepada dunia yang menyebabkan manusia tidak kenal pencipta dunia iaiatu Allah Azza Wa Jalla
@GhulamAlDakwah​​2- Ramai yang takut disihir oleh tukang sihir… tapi tanpa mereka sedar, mereka telah di sihir oleh dunia… sampai melupakan Tuhan sekalian alam…
@GhulamAlDakwah​​بَل أَتَينٰهُم بِالحَقِّ وَإِنَّهُم لَكٰذِبونَ
@GhulamAlDakwah​​Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.
@GhulamAlDakwah​​📚 PENGAJARAN SURAH MU'MINUN : AYAT 90
@GhulamAlDakwah​​1. Allah Maha Adil dimana Allah tidka akan menghukum hambaNya melainkan setelah kebenaran itu telah sampai kepada mereka.
@GhulamAlDakwah​​2. Sifat manusia yang paling besar ialah tidak suka kepada kebenaran walaupun kebenaran itu adalah baik untuknya.
@GhulamAlDakwah​​مَا اتَّخَذَ اللهُ مِن وَلَدٍ وَما كانَ مَعَهُ مِن إِلٰهٍ ۚ إِذًا لَّذَهَبَ كُلُّ إِلٰهٍ بِما خَلَقَ وَلَعَلا بَعضُهُم عَلىٰ بَعضٍ ۚ سُبحٰنَ اللهِ عَمّا يَصِفونَ
@GhulamAlDakwah​​Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada ilah (yang lain) berserta-Nya, kalau ada tuhan berserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya,
@GhulamAlDakwah​​ dan sebahagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu,
@GhulamAlDakwah​​📚 PENGAJARAN SURAH MU'MINUN : AYAT 91
@GhulamAlDakwah​​1. Maha suci Allah daripada memiliki anak dan isteri dan sekutu kerana semua itu menunjukkan sifat lemah sebagai Tuhan
@GhulamAlDakwah​​2. Hanya mereka yang tidak waras sahaja yang mempercayai dalam dunia yang hebat ini ada lebih daripada Tuhan yang satu
@alisahisein9182​​Macam mana pula mimpi2 yang dipanggil mubashirat?
@GhulamAlDakwah​​ 🌿 Ilmu Ghaib, ‘Arraf & Larangan Bertanya Peramal
@GhulamAlDakwah​​1. Dakwaan Mengetahui Perkara Ghaib ... Dalam gambar disebut: قال العلماء: من ادعى علم الغيب فقد أشرك
@GhulamAlDakwah​​“Para ulama berkata: Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara ghaib, maka dia telah melakukan syirik.”
@GhulamAlDakwah​​Maksud yang perlu difahami dengan tepat ialah ilmu ghaib mutlak — perkara yang Allah khususkan pengetahuannya untuk diri-Nya.
@chemaznah9739​​Alhamdulillah
@GhulamAlDakwah​​Allah berfirman: قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ “Katakanlah: Tidak ada sesiapa di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah.”
@GhulamAlDakwah​​Surah An-Naml: 65---
@GhulamAlDakwah​​🔑 Apa Itu Ghaib Mutlak? Antaranya:-> bila tepatnya hari kiamat,-> apa yang akan berlaku pada masa depan tanpa Allah memberitahu,-> apa yang tersembunyi dalam hati manusia secara mutlak,
@GhulamAlDakwah​​“Aku boleh tahu masa depan secara pasti tanpa wahyu daripada Allah.”maka dia telah mendakwa sesuatu yang merupakan hak khusus Allah.---
@abdulhadi-hr7el​​Alhamdulillah
@chemaznah9739​​TQ UAM dan GAD. Ilmu yg sgt bermafaat . Aamiin
@GhulamAlDakwah​​“Aku boleh tahu masa depan secara pasti tanpa wahyu daripada Allah.”maka dia telah mendakwa sesuatu yang merupakan hak khusus Allah.---
@GhulamAlDakwah​​⚠ Nabi Pun Tidak Mengetahui Semua Perkara Ghaib ... Allah berfirman: قُلْ لَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ
@GhulamAlDakwah​​“Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepada kamu bahawa di sisiku perbendaharaan Allah, dan aku tidak mengetahui perkara ghaib.” Surah Al-An‘am: 50
@GhulamAlDakwah​​Para nabi mengetahui perkara ghaib hanya apabila Allah mewahyukannya kepada mereka. Jadi: Allah mengetahui ghaib secara mutlak. Sedangkan Rasul: mengetahui apa yang Allah pilih untuk wahyukan.---
@GhulamAlDakwah​​🌧 Bukan Semua Ramalan Dikira Mendakwa Ilmu Ghaib ... Kita perlu bezakan. Contohnya:Ramalan cuaca→ berdasarkan data, satelit dan pola cuaca.
@GhulamAlDakwah​​Doktor menjangka perkembangan penyakit→ berdasarkan ilmu perubatan. Seseorang menjangka perjalanan akan sesak→ berdasarkan pengalaman dan data trafik.
@GhulamAlDakwah​​Semua ini bukan dakwaan mengetahui ghaib secara mutlak. Mereka hanya membuat: jangkaan berdasarkan sebab dan maklumat yang boleh diketahui.
@GhulamAlDakwah​​Yang dilarang ialah mendakwa mengetahui perkara tersembunyi melalui:-> jin,-> tilikan,-> horoskop,-> astrologi,-> membaca nasib,-> tarot,-> bomoh,-> peramal.---
@GhulamAlDakwah​​2. Hadis Tentang Bertanya ‘Arraf
@GhulamAlDakwah​​Rasulullah ﷺ bersabda: مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
@GhulamAlDakwah​​“Sesiapa yang mendatangi seorang ‘arraf lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, solatnya tidak diterima selama empat puluh malam.” Riwayat Muslim---
@GhulamAlDakwah​​🔎 Siapa ‘Arraf? العَرَّاف — ‘Arraf
@GhulamAlDakwah​​Secara umum ialah orang yang mendakwa dapat mengetahui perkara tersembunyi atau perkara yang tidak diketahui manusia melalui kaedah tertentu.
@GhulamAlDakwah​​Ia boleh merangkumi seperti:-> tukang tilik,-> pembaca nasib,-> bomoh yang mendakwa tahu perkara ghaib,-> orang yang mendakwa mengetahui barang hilang dengan kuasa ghaib,
@GhulamAlDakwah​​-> astrologer yang menentukan nasib melalui bintang. Ulama turut menyebut istilah: الكَاهِن — KāhinOrang yang mendakwa mendapat berita ghaib, biasanya dikaitkan dengan jin/syaitan.
@GhulamAlDakwah​​ المُنَجِّم — Munajjim ... Orang yang mengaitkan pergerakan bintang dengan nasib dan kejadian manusia.---
@هسليناعثمان​​boleh scan
@GhulamAlDakwah​​⚠ “Solat Tidak Diterima 40 Malam” — Adakah Tak Perlu Solat? Tidak.Ini sangat penting. Orang itu tetap wajib solat lima waktu. Tidak boleh berkata:
@GhulamAlDakwah​​“Solat aku tak diterima 40 hari, jadi tak payahlah solat.”Itu kesalahan kedua pula.Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa maksudnya: dia kehilangan pahala penerimaan solat
@GhulamAlDakwah​​ tersebut sebagai hukuman atas dosa itu,tetapi: kewajipan solat tetap tertunai apabila dilakukan dengan sah.
@GhulamAlDakwah​​Jadi: Solat tetap wajib.Tidak boleh ditinggalkan. Dan dia perlu: bertaubat kepada Allah.---
@GhulamAlDakwah​​ 🤔 Kenapa Bertanya Sahaja Pun Begitu Berat? Kerana apabila seseorang pergi bertanya kepada peramal, dia sudah membuka pintu kepada satu penyakit akidah:
@GhulamAlDakwah​​ percaya manusia mampu mengetahui sesuatu yang Allah sembunyikan. Hari ini: “Aku tanya saja.”Esok: “Eh, betul pula.”Kemudian: “Aku mula percaya.”Akhirnya hati bergantung kepada peramal, bukan Allah.
@GhulamAlDakwah​​Islam menutup pintu itu dari awal.---
@GhulamAlDakwah​​🚪 Analogi Mudah ... Bayangkan ada satu pintu bertulis: ☠ BAHAYA — JANGAN MASUK ... Seseorang berkata: “Saya tak nak masuk pun. Saya nak buka pintu dan tengok sikit saja.”
@هسليناعثمان​​keadaan anak itu ..pembesaran akan dtg mcm mne..kita tak tahu
@GhulamAlDakwah​​Masalahnya:apabila pintu dibuka,dia sudah mendekati bahaya. Begitulah dengan tilikan. Islam bukan hanya melarang: percaya kepada peramal.
@GhulamAlDakwah​​Bahkan bertanya sekadar suka-suka pun diberi ancaman yang berat.---
@GhulamAlDakwah​​📱 Zaman Sekarang — Benda Ini Datang Dalam Bentuk Baru ... Dahulu mungkin:-> bomoh,-> tukang tilik,-> ahli nujum. Sekarang ia mungkin datang melalui:-> “Your future spouse…”->
@GhulamAlDakwah​​“Apa nasib anda tahun ini?”-> horoskop zodiac,-> tarot reading,-> ramalan percintaan,-> “pilih satu kad untuk tahu masa depan anda”,-> aplikasi yang mendakwa tahu nasib,
@GhulamAlDakwah​​-> content TikTok tentang “rezeki berdasarkan tarikh lahir”.Nama berubah. Tetapi kalau konsepnya ialah: mendakwa mengetahui perkara ghaib atau nasib manusia tanpa dalil syarak
@GhulamAlDakwah​​dan tanpa sebab yang boleh diketahui, maka prinsip larangannya tetap sama.---
@GhulamAlDakwah​​ ❤ Tawakal Orang Mukmin ... Mukmin tidak perlu tahu semua perkara yang akan berlaku.Kita hanya perlu tahu: Siapa yang mengawal apa yang akan berlaku.
@abdulhadi-hr7el​​alhamdulillah ala kulli hal
@GhulamAlDakwah​​Dan jawapannya: الله ... Sebab itu apabila memikirkan masa depan:bukan cari bomoh.bukan cari horoscope.bukan cari tarot.Tetapi: usaha → doa → istikharah → tawakal kepada Allah.---
@GhulamAlDakwah​​🌟 Kesimpulan Ilmu ghaib mutlak: Milik Allah sahaja. Nabi dan Rasul: Mengetahui perkara ghaib yang Allah wahyukan kepada mereka. ‘Arraf / peramal:
@GhulamAlDakwah​​Mendakwa mengetahui perkara yang tersembunyi melalui jalan yang tidak dibenarkan. Bertanya peramal: Ancaman tidak diterima pahala solat selama 40 malam, tetapi solat tetap wajib dilakukan.
@GhulamAlDakwah​​Sikap seorang mukmin: Tidak mengejar pengetahuan tentang masa depan melalui perkara haram, tetapi menyerahkan perkara ghaib kepada Allah dan menjalani kehidupan dengan doa, usaha serta tawakal.
@GhulamAlDakwah​​✨ Ayat Mudah Diingati Kita tidak perlu mengetahui apa yang ghaib; kita perlu mengenali Allah yang mengetahui segala yang ghaib.
@GhulamAlDakwah​​Surah Luqman 31 : Ayat 34
@GhulamAlDakwah​​إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلْمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِى ٱلْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِى نَفْسٌۭ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًۭا ۖ وَمَا تَدْرِى
@GhulamAlDakwah​​نَفْسٌۢ بِأَىِّ أَرْضٍۢ تَمُوتُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۢ ٣٤
@GhulamAlDakwah​​Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim
@GhulamAlDakwah​​(ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di
@GhulamAlDakwah​​bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
@GhulamAlDakwah​​Tadabbur Surah Al-Mu’minun : Ayat 92
@GhulamAlDakwah​​عَـٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَتَعَـٰلَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ ٩٢
@GhulamAlDakwah​​(Allah) Yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata; maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah keadaanNya dari segala yang mereka sekutukan.
@GhulamAlDakwah​​Surah Al-Jumu’ah : Ayat 8
@GhulamAlDakwah​​قُلْ إِنَّ ٱلْمَوْتَ ٱلَّذِى تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُۥ مُلَـٰقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ٨
@GhulamAlDakwah​​Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala
@GhulamAlDakwah​​yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
@rose708​​Alhamdulillah
@GhulamAlDakwah​​Surah Al-Mulk : Ayat 12
@GhulamAlDakwah​​إِنَّ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِٱلْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌۭ وَأَجْرٌۭ كَبِيرٌۭ ١٢
@GhulamAlDakwah​​Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
@GhulamAlDakwah​​Tadabbur Surah Al-Mu’minun : Ayat 93
@GhulamAlDakwah​​قُل رَّبِّ إِمَّا تُرِيَنِّى مَا يُوعَدُونَ ٩٣
@GhulamAlDakwah​​Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), -
@GhulamAlDakwah​​Tadabbur Surah Al-Mu’minun : Ayat 94
@GhulamAlDakwah​​رَبِّ فَلَا تَجْعَلْنِى فِى ٱلْقَوْمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٩٤
@GhulamAlDakwah​​"Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu".
@ambremeri4566​​Allah Maha Baik Maha Adil Maha Kekal...Ya Allah Ya Barr Ya Allah Ya Adl Ya Allah Ya Baqi..
@GhulamAlDakwah​​Soalan dia… sebenar… Bila ﷲ turunkan azab, Nabi selamat tak? Yang suruh Nabi minta ni sebenarnya ﷲ… jadi, Kenapa ﷲ suruh Nabi minta?
@GhulamAlDakwah​​Ada juga ayat, ﷲ takkan turunkan azab selagi mana Nabi ada bersama mereka… Surah Al-Anfal : Ayat 33
@GhulamAlDakwah​​وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ٣٣
@GhulamAlDakwah​​Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).
@هسليناعثمان​​istighfar
@yatimustafa6214​​Assalamualaikum ustaz, crew dn sahabat2 ghulam.
@NorlizaIza-y7e​​Assalamualaikum Ustaz Dan Semua Sahabat. Moga sentiasa didalam Rahmat Dan Kasih sayang Allah SWT.
@GhulamAlDakwah​​ 🌿 Tadabbur Surah Al-Mu’minun — Ayat 93–94 Nabi Yang Dijamin Selamat Pun Tetap Memohon Kepada Allah--- 📖 Surah Al-Mu’minun: 93 قُلْ رَبِّ إِمَّا تُرِيَنِّي مَا يُوعَدُونَ
@GhulamAlDakwah​​Maksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhanku, jika Engkau memperlihatkan kepadaku azab yang dijanjikan kepada mereka…”---
@GhulamAlDakwah​​📖 Surah Al-Mu’minun: 94 رَبِّ فَلَا تَجْعَلْنِي فِي الْقَوْمِ الظَّالِمِينَMaksud: “Wahai Tuhanku, janganlah Engkau jadikan aku bersama kaum yang zalim itu.”---
@GhulamAlDakwah​​❓ Persoalan Penting ... Bukankah Rasulullah ﷺ seorang nabi?Bukankah Allah akan menyelamatkan Baginda?Bahkan Allah sendiri berfirman: Surah Al-Anfal: 33
@GhulamAlDakwah​​ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
@GhulamAlDakwah​​Maksud: “Allah tidak akan mengazab mereka sedangkan engkau berada di tengah-tengah mereka; dan Allah tidak akan mengazab mereka ketika mereka beristighfar.”
@GhulamAlDakwah​​Kalau begitu: Kenapa Allah masih menyuruh Nabi ﷺ berdoa supaya tidak termasuk bersama kaum yang zalim ketika azab datang?---
@GhulamAlDakwah​​1⃣ Kerana Doa Itu Sendiri Adalah Ibadah ... Allah menjanjikan keselamatan kepada Nabi ﷺ.Tetapi ini tidak bermaksud Nabi tidak perlu berdoa.
@GhulamAlDakwah​​Sebaliknya, antara sifat hamba yang paling sempurna ialah: sentiasa meminta kepada Allah. Doa bukan semata-mata kerana kita tidak tahu apa akan berlaku.
@GhulamAlDakwah​​Doa ialah pengakuan: “Ya Allah, aku tetap berhajat kepada-Mu.”Walaupun seseorang telah mendapat banyak nikmat...dia tetap meminta.
@GhulamAlDakwah​​Walaupun Allah telah menjanjikan sesuatu...dia tetap berdoa.Kerana: الدُّعَاءُ عِبَادَةٌ Doa ialah ibadah.---
@GhulamAlDakwah​​🤲 2⃣ Doa Menunjukkan Kita Sentiasa Berhajat Kepada Allah ... Nabi ﷺ ialah manusia paling mulia. Namun Baginda tetap berkata: رَبِّ
@GhulamAlDakwah​​“Wahai Tuhanku…”Baginda tidak bergantung kepada:-> kedudukannya sebagai Nabi,-> banyaknya ibadah,-> kemuliaannya,-> amalannya. Sebaliknya Baginda bergantung kepada: Allah.
@GhulamAlDakwah​​Tadabbur ... Kalau Nabi ﷺ sendiri sentiasa memohon: kita yang tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita lebih-lebih lagi perlu berdoa.---
@GhulamAlDakwah​​3⃣ Allah Sedang Mendidik Umat Melalui Nabi ﷺ ... Rasulullah ﷺ ialah: قُدْوَة — contoh ikutan.Apabila Allah mengajar Nabi berdoa: رَبِّ فَلَا تَجْعَلْنِي فِي الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
@GhulamAlDakwah​​umat belajar bahawa kita juga perlu meminta: “Ya Allah, jangan jadikan aku bersama orang yang Engkau murkai.” “Ya Allah, selamatkan aku daripada azab.”
@GhulamAlDakwah​​“Ya Allah, jangan matikan aku dalam keadaan zalim.”Jadi doa Nabi bukan hanya untuk Baginda.Ia menjadi: pendidikan untuk seluruh umat.---
@GhulamAlDakwah​​4⃣ Jangan Rasa Selamat Dengan Amal Sendiri ... Salah satu penyakit hati ialah: merasa diri sudah baik.Kita mungkin berkata: “Aku solat.” “Aku pergi masjid.” “Aku belajar agama.” “Aku buat dakwah.
@GhulamAlDakwah​​”Kemudian hati mula merasakan: “Aku okay.”Sedangkan Nabi ﷺ yang jauh lebih baik daripada kita masih:-> berdoa,-> beristighfar,-> meminta keselamatan,-> memohon keteguhan.
@GhulamAlDakwah​​Maka orang beriman tidak pernah terlalu yakin dengan dirinya. Dia yakin kepada: rahmat Allah. Tetapi dia tidak yakin kepada: amal dirinya sendiri.---
@GhulamAlDakwah​​🌧 5⃣ Hubungan Dengan Surah Al-Anfal: 33 ... Allah berfirman: وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ “Allah tidak akan mengazab mereka sedangkan engkau berada bersama mereka.”
@GhulamAlDakwah​​Keberadaan Rasulullah ﷺ merupakan sebab keamanan daripada azab umum tertentu yang membinasakan kaum seperti umat-umat terdahulu.
@GhulamAlDakwah​​Kemudian Allah berfirman: وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ “Allah tidak akan mengazab mereka ketika mereka beristighfar.” Ini menunjukkan keagungan: ISTIGHFAR dan TAUBAT.
@GhulamAlDakwah​​Apabila manusia benar-benar kembali kepada Allah: pintu rahmat terbuka.---
@GhulamAlDakwah​​💡 Pelajaran Untuk Kita ... Jangan tunggu azab atau musibah baru berkata: “Astaghfirullah.”Istighfar sendiri ialah antara sebab mendapat:-> rahmat,-> keampunan,-> perlindungan,-> keberkatan.
@GhulamAlDakwah​​Seorang mukmin membiasakan istighfar: sebelum masalah datang.--- ﷺ
@GhulamAlDakwah​​6⃣ Nabi Beristighfar Sangat Banyak ... Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata bahawa para sahabat pernah mengira Nabi ﷺ mengucapkan dalam satu majlis sekitar seratus kali:
@GhulamAlDakwah​​ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ ... Maksud: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha
@GhulamAlDakwah​​Penyayang.”Nabi ﷺ telah diampunkan Allah. ... Tetapi masih: beristighfar berkali-kali. Kenapa?Kerana semakin seseorang mengenali Allah...semakin dia sedar: betapa berhajatnya dirinya kepada Allah.---
@GhulamAlDakwah​​ 🪞 Muhasabah ... Nabi ﷺ: diampunkan → masih istighfar.Kita: banyak dosa → kadang-kadang lupa istighfar.Nabi ﷺ: dijamin → masih meminta keselamatan.
@GhulamAlDakwah​​Kita: tidak tahu pengakhiran → kadang-kadang rasa sudah selamat.Ini sepatutnya merendahkan hati kita.---
@GhulamAlDakwah​​🤍 7⃣ Doa Yang Nabi Ajarkan Kepada Abu Bakar RA ... Abu Bakar al-Siddiq RA meminta: “Wahai Rasulullah, ajarkan aku doa yang boleh aku baca dalam solat.”Nabi ﷺ mengajarnya:
@GhulamAlDakwah​​اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
@GhulamAlDakwah​​Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.
@GhulamAlDakwah​​Maka ampunilah aku dengan keampunan daripada sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”Riwayat al-Bukhari dan Muslim---
@GhulamAlDakwah​​ 😮 Perhatikan Siapa Yang Membaca Doa Ini ... Ini Abu Bakar RA.Antara manusia terbaik selepas para nabi. Tetapi Nabi tidak mengajarnya berkata: “Ya Allah, aku banyak amal.”
@GhulamAlDakwah​​Sebaliknya: إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا “Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku.”Inilah: تَوَاضُع — tawaduk.Semakin tinggi iman seseorang...semakin dia melihat kekurangan dirinya
@GhulamAlDakwah​​👑 8⃣ Abu Bakar & Sifat Tawaduk ... Dalam khutbahnya selepas dilantik sebagai khalifah, masyhur diriwayatkan bahawa Abu Bakar RA berkata dengan makna: “Aku telah dilantik memimpin kamu,
@GhulamAlDakwah​​ sedangkan aku bukanlah yang terbaik daripada kamu.”Kemudian beliau meminta umat membantunya apabila benar dan membetulkannya apabila tersalah.
@GhulamAlDakwah​​Ini menunjukkan sikap seorang mukmin: kedudukan tidak menjadikannya merasa sempurna. Semakin besar amanah: semakin besar rasa takut kepada Allah.---
@GhulamAlDakwah​​😢 9⃣ Umar RA Takut Terhadap Dirinya Sendiri ... Hudhayfah bin al-Yaman RA mengetahui nama beberapa orang munafik yang diberitahu oleh Rasulullah ﷺ.
@GhulamAlDakwah​​Umar RA begitu takut terhadap keadaan dirinya sehingga diriwayatkan beliau bertanya kepada Hudhayfah sama ada namanya termasuk dalam kalangan yang disebut.
@GhulamAlDakwah​​Perhatikan:Ini Umar.Sahabat besar.Tetapi beliau tidak sibuk bertanya: “Siapa orang munafik itu?”
@GhulamAlDakwah​​Sebaliknya dia bimbang: “Adakah aku termasuk?” Inilah sikap mukmin.Apabila mendengar ayat tentang munafik...dia tidak terus mencari: “Siapa yang ayat ini kena?”
@GhulamAlDakwah​​Dia bertanya: “Adakah sifat ini ada pada aku?”---
@GhulamAlDakwah​​🧠 Bezanya Orang Tawaduk & Orang Ujub Orang ujub
@GhulamAlDakwah​​Bila dengar ayat azab: “Ini pasal orang lain.”Bila dengar tentang munafik: “Aku tahu siapa.”Bila dengar tentang dosa: “Si fulan memang macam ini.”---
@GhulamAlDakwah​​Orang tawadukBila dengar ayat azab: “Ya Allah, selamatkan aku.”Bila dengar tentang munafik: “Adakah sifat ini ada dalam diriku?”Bila dengar tentang dosa: “Ya Allah, ampunkan aku.”---
@GhulamAlDakwah​​🛡 1⃣0⃣ Minta Keselamatan Sebelum Azab Datang ... Ayat ini mengajar: Jangan hanya minta nikmat. Minta juga keselamatan.Kita selalu berdoa: “Ya Allah, beri rezeki.” “Ya Allah, beri kesihatan.”
@GhulamAlDakwah​​“Ya Allah, mudahkan kerja.”Tetapi berapa kali kita berdoa: “Ya Allah, jangan jadikan aku bersama orang yang zalim.” “Ya Allah, lindungi aku daripada azab.” “Ya Allah, selamatkan agamaku.”
@GhulamAlDakwah​​“Ya Allah, matikan aku dalam iman.”Inilah doa yang lebih besar daripada sekadar meminta dunia.---
@GhulamAlDakwah​​🌿 Doa Lain Yang Mengajar Sikap Yang Sama ... Antara doa yang diriwayatkan daripada Nabi
@GhulamAlDakwah​​ ﷺ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي، وَإِذَا أَرَدْتَ
@GhulamAlDakwah​​فِتْنَةً فِي قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ، وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِي إِلَى حُبِّكَ
@GhulamAlDakwah​​Maksud ringkas: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kemampuan melakukan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, mencintai orang miskin; ampunkan dan rahmatilah aku.
@GhulamAlDakwah​​Jika Engkau menghendaki suatu fitnah menimpa sesuatu kaum, maka wafatkanlah aku tanpa terkena fitnah itu. Aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu
@GhulamAlDakwah​​dan cinta kepada amalan yang mendekatkan aku kepada cinta-Mu.”
@GhulamAlDakwah​​Perhatikan: وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍIni sangat dekat dengan roh Al-Mu’minun: 93–94: “Ya Allah, apabila fitnah dan azab datang, selamatkan agamaku.”---
@GhulamAlDakwah​​🔗 Hubungan Ayat 93–94
@GhulamAlDakwah​​Ayat 93 رَبِّ إِمَّا تُرِيَنِّي مَا يُوعَدُونَ“Ya Allah, jika Engkau memperlihatkan kepadaku azab yang dijanjikan…”↓ Ayat 94 رَبِّ فَلَا تَجْعَلْنِي فِي الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
@GhulamAlDakwah​​“Jangan jadikan aku bersama orang zalim.” Allah sedang mendidik: walaupun seseorang itu soleh, walaupun seseorang itu seorang Nabi, jangan pernah berhenti memohon perlindungan Allah.---
@GhulamAlDakwah​​🌟 Formula Tadabbur ... TAHU ALLAH AKAN MENYELAMATKAN↓BUKAN BERMAKNA BERHENTI BERDOA↓DOA = IBADAH↓DOA = TANDA BERHAJAT KEPADA ALLAH↓DOA = TAWADUK↓DOA = CONTOH UNTUK UMAT---
@GhulamAlDakwah​​❤ Kesimpulan ... Surah Al-Mu’minun ayat 93–94 mengajar bahawa jaminan Allah tidak menjadikan seorang mukmin berhenti berdoa.
@GhulamAlDakwah​​Sebaliknya:semakin tinggi iman seseorang,semakin dia sedar bahawa keselamatan datang daripada Allah. ... Nabi ﷺ yang dijamin dan dimuliakan masih berdoa. ...
@GhulamAlDakwah​​Maka kita yang:-> banyak dosa,-> tidak tahu pengakhiran hidup,-> tidak tahu keadaan hati pada saat mati,lebih patut sentiasa meminta: رَبِّ فَلَا تَجْعَلْنِي فِي الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
@GhulamAlDakwah​​“Wahai Tuhanku, janganlah Engkau jadikan aku bersama kaum yang zalim.”---
@GhulamAlDakwah​​✨ Ayat Muhasabah ... Nabi yang dijamin selamat pun masih meminta keselamatan daripada Allah. Maka jangan sekali-kali kita merasa terlalu baik
@GhulamAlDakwah​​sehingga berhenti meminta ampun, perlindungan dan rahmat-Nya.