Thursday, 9 April 2026

  



Al Walid Al Mughirah...Siapa dia ni? 
Dia adalah ayah kepada Khalid Ibn Walid

Allah memerintahkan kepada manusia berlaku adil terhadap insan ,membantu saudara mara, Allah menegah membuat perkara mungkar, Allah melarang dpd membuat perkara Over(berlebihan) Allah peritah orang Islam jagan over, Allah beri peringatan. 

 Nabi baca masuk cerap ke dalam hati nya...cerap...
Al Walid Minta Nabi baca sekali lagi...Terbit dari mulutnya : Demi Allah ini bukan kalam manusia.
Dia tahu menilai keutamaan sastra...

Ini kalam Sastra... Nak cerita tentang malam sahaja...
Malam ini...'Di keheheningan malam ini...bertemankan bunyi cengkerik di rimba "Huish..."

Dia kata :  
Demi Allah Ya Muhammad ...Apa yang kau baca ini bukan kalam manusia
Sua kali Al Walid ulang kata2 itu.

Abu Jahal mai segera jumpa Al Walid..Ya Ammi" 
 Pak Cik...Apa Pakcik sebut tak di senangi oleh kaum kita.

Hai anak...Siapa yg lebih pakar ?  Ahli dlm bahasa?
 Demi allah aku tegaskan...
" Apa yang Pak Cik ucapkan adalah bukan kalam Manusia" 
tidak di sukai oleh kaum kita.

Lepas itu dia ubah fikran dan mengaku...
" Apa yg Muhammab ucapkan itu sihir semata2"
Dia menafikan kerana kuatnya kekufuran mereka.

Bacaan Nabi menyerap di hati Al Walid.
Ayat surah Ad Mudassir kerana kisah ini.

Allah Bertahu ! ..Jangan kawan org yg begini.  
Lakum bi nukum waliyadin...
"Bagi hampa ugama hampa dan bagi kami Agama kami."  

Bolehkah kita pi dlm melibatkan diri kepada hubungan muamalat 
(dgn kaum mereka)?
 : Boleh ...
Yang tak boleh :   Keterlibatan mereka terhadap Agama mereka.

Firman Allah:  Jangan terlibat kepada orang banyak BERSUMPAH. 
Dan jgn kau libatkan dgn orang yang banyak mengumpat !

NAMIMAH (BATU API). Batu Bronson Org Penang kata.
SUKA MENABUR FITNAH.  

Orang yg menegah buat kebajikan. 
 TEGAH ORG BUAT BAIK :'MANNA IN BIL KHAIR"  

UTULLIN AZA BIKAHANIN:  ZANINANAK HARAM

MATI KESUDAHANNYA " KAFIR"  AL WALID DAN ABU JAHAL 

 AL WALID KAYA DAN ANAKNYA RAMAI.  
DAN ANAK2NYA SENTIASA ADA BERSAMANYA...
TAPI MELAWAN ALLAH. INILAH AL WALID AL MUGHIRAH.

 

Wednesday, 5 June 2024

DATO' USTAZ HAJI SHAMSURI HAJI AHMAD : KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH

Wednesday, 8 April 2026

 

Sunday, 6 March 2016

Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat



Sunnah Yang Ditinggalkan Melayu

Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad saw amalkan untuk permohonan doa.

Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.

Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.”
-HR Bukhari dan Muslim

Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah saw adalah dengan membaca doa berikut :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”
-HR. Bukhari dan Muslim


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِالدَّجَّالِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah saw bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara:
(1) azab neraka jahannam,
(2) azab kubur,
(3) penyimpangan ketika hidup dan mati,
(4) keburukan Al masih Ad Dajjal.”
-HR Muslim


Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.

Doa2 diatas dibaca semasa masih lagi didalam Solat iaitu sewaktu duduk didalam keadaan Tahiyat Akhir selepas selesai membaca kesemua bacaan tahiyat akhir solat SEBELUM Memberikan Salam dan menamatkan Solat.

 
Manakala Sewaktu Solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kitaWAJIB MENGIKUTI IMAM. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi Jika Imam Telah Memberikan Salam iaitu Mengakhiri Solat Berjemaah Tersebut maka antum WAJIB Mengikut Imam memberi salam dan Menyelesaikan Solat Tersebut.

Maknanya Dijelaskan Lagi Jika Didalam Solat Berjemaah Setelah Kita Selesai membaca Tahiyat Akhir itu, Sementara Imam BELUM MEMBERIKAN SALAM Untuk Mengakhiri Solat jemaah maka selagi itu dibolehkan membaca Doa2 Tersebut Akan TETAPI jika sewaktu membecanya Imam Sudah Memberikan Salam untuk menamatkan Solat Tersebut maka Antum semua WAJIB Berhenti membaca Doa itu dan memberikan Salam Kerana Kewajipan mengikut imam Itu Lebih utama Seperti disebutkan didalam Hadis, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِنْ صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَنَزَلَ لِتِسْعٍ وَعِشْرِينَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ آلَيْتَ شَهْرًا فَقَالَ إِنَّ الشَّهْرَ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ

“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah kamu dengan berdiri.”
-HR Bukhari dan Muslim

Maka Doa ini Sangat Dituntut untuk membacanya dikala Kita semua Bersolat sunat sendirian, Jangan Lepaskan Peluang ini.. InshaALLAH..

Wallahualam..

Saturday, 4 April 2026

 



 


Friday, 3 April 2026

  

Selasa, 7 Februari 2012

Maulidurrasul...Peribadi dan Akhlak Rasulullah S.A.W

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulullah S.A.W

Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya
sentiasa berlinangan
Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata
memandangnya
Sangat elok dan sempurna wajahnya
Baginda memilik perasaan yang halus
Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir
hingga lena
Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik
melambangkan kesombongan dan kemegahan
Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum
kenyang
Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina
orang lain
Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
Baginda memakai serban di atas kopiahnya
Suka membalas hadiah
Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika
hendak keluar atau masuk
Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan
ahli keluarganya
Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang
ditemuinya
Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk
mereka ketika berjumpa
Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda
mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
Tidak menatap atau merenung wajah orang lain
lama-lama
Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani
orang-orang muda dan kanak-kanak
Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga
tetamu lain bangun
Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para
sahabat
Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut
perkataan dengan jelas
Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang
bercakap dengannya
Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya
tersenyum lembut
Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap
cabaran dan kesusahan
Amat kasih terhadap umatnya
Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya 
Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah 
Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri
dalam kesusahan 
Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
Suka menziarahi orang sakit
Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu
pemurahnya
Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap 
Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabiBersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam
perjuangan




(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)

Ingatlah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita


Sumber from nuhan from Forum myMasjid