Thursday, 8 January 2026

  Update 9/1/26 Bersamaan 19 Rejab 1447, Bangi

Sunday, 24 August 2025

Mungkin itu posting dia yg terakhir...

 Isteri Imran mengharap... Anak dlm perut ini menjadi anak yang berkhidmat di baitul muqhaddis...  Dan Allah kurniakan dia anak perempuan... Mariam... Dan Allah jawab Allah tahu yg Allah jadikan... "Tak apa yg Allah buat tentulah yg terbaik Tuhan kata berilah khabar gembira pada orang yg sabar. Maka orang yg sabar akan berkata" innalillahiwainnailaihiraajiuun..." 

Dalam innalillah ada sabar yg cantik..." TAK APA ALLAH TAHU"

YA ALLAH TOLONGLAH KAMI HIDUPKAN KAMI UNTUK SEDAKAH.. UNTUK BUAT KEBAIKAN.. "

WAUFAUWIDUAMRI AMRI ILLALLAH INNALLAH HABASI RUNBILL IBAD" 

BILA USTAZAH TEGUR TAK APA... BILA SUAMI KITA TEGUR SAKIT HATI..... JADI INGATLAH 

"PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIK DARI PERANCANGAN KITA" 

BOLEH JADI KAMU TAK SUKA SESUATU... TETAPI ALLAH LEBIH TAHU ITU YG PALING BAIK BAGI KAMU"

ADA ORG MASUK SYURGA KERANA SABAR NYA... ADA ORANG MASUK SYURGA DGN

AMBIL PENGAJARAN... JANGAN TUNGGU ORANG BUAT BAIK KEPADA KITA HARUS BUAT BAIK KEPADA SESIAPA.  

APA KITA BUAT MESTILSH KITA BERSANGKA BAIK DGN ALLAH... 


KITA RUMYSKAN... 

1). AYAT KE 35...ORANG YG BERMATLAMAT NAK MASUK SYURGA KITA KENA BERTAHAN DGN BERBUAT BAIK UNTUK MEMBINA KELUARGA BAHAGIA... "

BUAT DGN HARAPAN KITA JAGA AMANAH ALLAH DAN ALLAH YG JAGA KITA. 


2). PROSES MESTILAH BERSAMA DGN DOA KITA SAMPAI KITA MENINGGAL DUNIA... JANGAN PERNAH BERHENTI BERDOA... DOA JUGA DAN LAKSANAKAN TANGGUNGJWB DOA KPD ANAK2...

SEBUT NAMA ANAK DI HADAPAN ALLAH... 

BERGAULLAH DGN LINGKUNGAN YG BAIK2.. MAKA KITA AKAN TERSELAMAT BERSAMA DGN KEBAIKAN... 

JANGAN PERNAH BERSANGKA BURUK DGN ALLAH.. 

HIDUP KITA JIKA KITA RASA "STATIK". JAGA FARDHU... JAGA RAWATIB...   KITA BUAT AMAL DGN KPI. MAKA KITA TERDESAK NAK BUAT... SEBAGAIMANA YG KITA DGR... INSYAAALLAH... 



 


 

03-12-2024 SS Prof Dato Dr MAZA : Keynote Speaker | Revelation And Scien...

Saturday, 20 December 2025

Mengucapkan Allahumma Barik,

 


Mengucapkan Allahumma Barik, merupakan satu cara untuk kita mendoakan keberkatan buat diri atau orang lain. Dengan memohon kepada Allah S.W.T untuk memberkati sesuatu, kita juga telah mengakui bahawa segala kebaikan yang kita miliki datang dari-Nya.

Artikel ini akan menerangkan serba sedikit berkenaan doa ini dan kelebihan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jadi, buat anda yang ingin mengetahui lebih lagi, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini

Doa Allahumma Barik

Dalam kehidupan seharian umat Islam, terdapat banyak ungkapan yang mengandungi makna yang mendalam dan membawa kebaikan. Salah satu ungkapan tersebut adalah ungkapan Allahumma Barik yang membawa maksud, “Ya Allah, berkatilah”.

Ungkapan ini , sangat digalakkan untuk kita ungkapkan apabila kita ingin memohon keberkatan buat diri kita dan juga orang lain. Selalunya ia diungkapkan apabila kita melihat sesuatu yang mengagumkan atau berada dalam momen-momen bahagia. 

Dengan mengamalkan doa ini,, ia mampu mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T, dan dalam masa yang sama ia juga dapat meningkatkan kesedaran kita terhadap nikmat dan kebaikan yang ada. 

Terdapat beberapa hadis yang menyebutkan mengenai kepentingan mendoakan keberkatan. Antara hadis yang membincangkan perkara ini adalah:

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ

Maksudnya: “Jika seseorang dari kalian melihat pada saudaranya sesuatu yang mengkagumkannya, maka doakanlah keberkatan buatnya”

[riwayat Ibn Majah & lain-lain].

 Bahkan Nabi SAW juga pernah bersabda:

هَلَّا إِذَا رَأَيْتَ مَا يُعْجِبُكَ بَرَّكْتَ

Maksudnya: “Alangkah baiknya jika kamu melihat apa yang kamu kagum, kamu doakan keberkatan buatnya?”

[riwayat Ahmad].


Teks, Bacaan Rumi dan Maksud 

Ungkapan Allahumma Barik ini boleh disebut berdasarkan jantina dan jumlah orang yang ingin kita doakan, seperti dalam jadual yang disediakan di bawah. Namun, begitu, walaupun terdapat sedikit perbezaan dari cara membaca ungkapan ini, maksud bagi ungkapan itu masih sama, iaitu, “Ya Allah, Berkatilah”

Untuk mengetahui cara mengucapkan ungkapan ini berdasarkan jantina dan jumlah orang yang didoakan anda boleh lihat dalam jadual di bawah:

JantinaArabicRumi
Lelaki (seorang)اللّهُـمَّ بارِكْ لَهAllahumma Barik Lahu
Perempuan (seorang)اللّهُـمَّ بارِكْ لَهاAllahumma Barik Laha
Lelaki (ramai)اللّهُـمَّ بارِكْ لَهُمAllahumma Barik Lahum
Perempuan (ramai)اللّهُـمَّ بارِكْ لَهُنَّAllahumma Barik Lahun
Sumber: Islam Updates

Walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari cara baca, mengikut jantina dan jumlah orang yang didoakan, maksud bagi ungkapan itu masih sama. Maksudnya ialah, “Ya Allah, Berkatilah”

Bila Perlu Menggunakan Allahumma Barik

Ungkapan ini merupakan satu doa yang serba boleh dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Contoh situasi yang boleh kita gunakan ungkapan ini adalah:

  • Sewaktu Meraikan Acara Bahagia seperti:
    • Perkahwinan
    • Kelahiran Ahli Keluarga
    • Perayaan
  • Bagi Menunjukkan Rasa Syukur & Tanda Penghargaan
  • Sewaktu Memohon Keberkatan
  • Bagi Memohon Perlindungan Allah S.W.T
Allahumma Barik




Friday, 19 December 2025

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina merupakan secebis ayat yang boleh ditemui dalam Surah Al-Fath.

  


Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina merupakan secebis ayat yang boleh ditemui dalam Surah Al-Fath. Ia merupakan potongan ayat pertama dalam surah tersebut yang menyatakan bahawa kemenangan telah diberikan ke atas umat Islam. 

Potongan ayat ini, sangat digalakkan untuk kita amalkan sebagai zikir harian kita. Hal ini demikian kerana maksudnya yang baik, boleh membawa kebaikan kepada kita. Untuk mengetahui lebih lagi tentang potongan ayat ini, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel ini. 

Surah Al-Fath

Surah Al-Fath merupakan surah ke-48 yang diturunkan ke dalam Al-Quran. Surah Al-Fath ini terdiri daripada 29 ayat dan merupakan salah satu surah madaniyah, yang bermaksud ia diturunkan di Madinah. 

Surah ini dinamakan Al-Fath yang membawa maksud kemenangan. Perkataan Fath ini diambil dari perkataan Fathan yang juga merupakan antara kata yang terdapat dalam potongan ayat dari zikir dan ayat pertama surah ini,  Inna Fatahna Laka Fathan Mubina.

Surah ini diturunkan selepas Perjanjian Hudaibiyyah, di mana umat Islam mengalami satu titik perubahan yang signifikan dalam sejarah Islam, iaitu penandaan awal kepada penaklukan semula Kota Mekkah.

Surah ini menekankan bahawa walaupun pada pandangan manusia perjanjian tersebut mungkin dilihat sebagai kekalahan, tetapi sesungguhnya ia adalah kemenangan yang nyata bagi umat Islam.


Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina merupakan satu zikir yang dibaca apabila kita ingin memohon kemenangan atau kemudahan daripada Allah S.W.T. Zikir ini merupakan potongan ayat pertama dalam Surah Al-Fath.

Zikir ini diturunkan sebagai berita gembira kepada Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam dan kegembiraan Baginda telah diriwayatkan dalam Sahih Bukhari seperti berikut:

Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku satu surat, yang surat itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang disinari matahari.

Kegembiraan Nabi Muhammad S.A.W ini adalah kerana ayat pertama dalam surah ini menerangkan tentang kemenangan yang akan diperoleh baginda dan umat Islam pada waktu itu, dalam perjuangan mereka dan tentang kesempurnaan nikmat Allah S.W.T

Teks Bacaan Rumi & Maksud Doa

Bagi anda yang ingin belajar cara membaca zikir Inna fatahna laka fathan mubinaI, berikut merupakan teks asal, dan cara bacaan rumi beserta makna zikir buat pengetahuan anda:

اِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا

Inna fatahna laka fathan mubina

Makna: Sesungguhnya Kami telah menganugerahkan kepadamu kemenangan yang nyata



Kelebihan Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina

Berikut merupakan beberapa manfaat yang akan anda peroleh jika anda mengamalkan Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina ini dalam kehidupan seharian anda:

  1. Hidup diberkati Allah S.W.T
  2. Dimurahkan rezeki
  3. Dipermudahkan urusan dalam semua perkara
  4. Mampu melembutkan hati pembaca dan juga orang lain
  5. Menemui jalan penyelesaian bagi setiap masalah
  6. Zikir “Inna fatahna laka fathan mubina” yang merupakan potongan ayat dari Surah Al-Fath, bukan sahaja merupakan lafaz kemenangan tetapi juga simbol harapan dan keyakinan kepada pertolongan Allah.


Friday, 31 October 2025

 


PENGAJARANNYA:

1)  ORANG MUNAFIK INI DI ZAMAN RASULULLAH.
MEREKA BELAJAR DLM MASYARAKAT PALING BAIK MURABBI PALING AGUNG:RASULLULLAH..TAPI JAWAB DGN KATA2 BIADAP.  NABI DAN SAHABATITU ORANG BODOH.  JANGAN TERKEJUT JIKA BERLAKU BEGINI ..JHATI MANUSIA ITU WALAU DGR TAZKIRAH SETIAP HJARI DARIO NABI ..SETIAP HARI.PAGI PETANG SIANG MALAM...BILA MEREKA TAK MAHU MEREKA DAKWA MEREKA LAGI BAIK PADA NABI.
PENGAJARAN :  SEMUA NYA BERGANTUNG PADA DIRI KITA

ORANG YANG BENAR2 IKHLAS...JANGANHERAN APA YG TERJADI SEKARANG N...MUNAFIK TETAP APA .ISTAIZU BILLAH " AMINTAK LAH KAMU BERELINDUNG DARI ALLAH DARIPADA ALLAH ...DARIPADA MUNAFIK YG KHUSYUK,...PADA ZAHIR NAMPAK KHUSYUK.
BAGAIMANA KHUSYUK YG NIFAQ?

NAMPAK KHUSYUK TAPI HATI MELAYANG...KHUSYUK YANG NIFAK...TAMBAHAN DI ZAMAN KITA ..KYUSYUK MUNAFIK TERDAPAT DI ZAMNAN KITA.

JAGALAH HATI KITA JANGAN JKADI KHUSYUK MUNAFIK.

SIAPA YANG RASA DIA AMAN DARI SIFAT MUNAFIK MAKA DIA MUNAFIK.. MAKA DIA ORANG BERIMAN.  RASA ITU KENA ADA SENTIASA.  BAGAIMANA HANZOLAH" "HANZOLAH TELAH MUNAFIK!"

IMAM HASSAN BASRI KATA:
AL MUKMIN...ORANG BERIMAN BILA BERAMAL SOLEH DIA TAKUT /RISAU TAPI ORANG MUNAFIK DIA BUAT DOSA DIA RASA.HEBAT DAB PUAS HATI.."

JANGHAN KATA MASIH BUDAK...
INGAT SEMUA TUTUR KATA DI KIRA.  SAMA JUGAK KITA SOLAT TAPI HATI ; LAGHO...ADALAH TAK KIRA.

"HADITH SOHEH RIWAYAT TARMIZI

BERDOALAH KPD ALLAH KAMU YAKIN ALLAH MAKBUL.  TERMASUKLAH ..WAJIB KAMU TAHU, SESUNGGUHLAH ALLAH TIDAK AKAN MAKBUL HATI YANG GHAFLAH..LALAI.

BILA BERZIKIR, BERDOA KENA FOKUS...MENGANTRUK ...BANGUN...JIKA KITA MENGANTUK DAN LAGHO...MAKA ELAKKAN..LAGHO LALAI KETIKA SOLAT ,BERZIKIR, 

JIKA TEGUR IMAN ...KENA TEGUR DGN JELAS...
PERLUKAN MASA ...TOLONG MURAJAAH.  
PUNCA KITA MALAS NAK MURAJOAH..SEBAB KITA TAK NAMPAK PENGANJARAN YG ALLAH BERI. TAHU TAPI LUPA SEBAB DUNIA.  ALLAH NAK BAGI SYURGA MAKIN TINGGI.  KITA 
KITA AKAN TAHU KELEMAHAN KITA BILA KITA BELAJAR..
BILA KITA KELUAR KE MESDAN \DAKWAH ...KITAAKAN DAPAT BUAT DGN BAIK.

ORANG MUNAFIK ADALAH SYAITAN SAMAADA DARI KALANGAN MANUSIA/ORANG ATAU JIN.